Monday, August 8, 2011

Siapa tengok drama 100 Hari, Sabtu lepas?


Assalamualaikum Bloggers.

Salam Ramadan di pagi Isnin.
Apa cerita hujung minggu lepas?
Aku balik rumah family je, berbuka puasa dgn keluarga.

Eh, Sabtu lepas..
Siapa tengok drama 100 Hari kol 9mlm, kat TV2?



Masya Allah.. besttttttt sangat2 lah!
Sampai bergenang2 air mata ni haa.
Lakonan Redzuan Hashim, Zul Huzaimy, Maria Farida, Melissa Saila etc.


Kepada siapa yg tak sempat tengok (harap2 pihak RTM ulang tayang lah ye drama ni),
Drama ni pasal 2 lelaki yg berbeza gaya hidup; yg sorang kaya & sorg lagi pemandu yg hidup sederhana. Yg kaya, berparti sana, togak sini. Yg si pemandu pulak hidup dgn cara Islam.

Apa yg paling menarik pasal drama ni sbb ada disediakan ala2 carta tentang 100 Hari sebelum kematian. Aku punya lah seronok utk timba ilmu baru ni, aku pun taip di BB dan post kat Twitter.

Kat sini, aku akan kongsikan apa yg aku salin tempoh hari.
Selamat mengambil iktibar (peringatan utk diri sendiri jugak)

  • 100 Hari sbelum MAUT menjemput:
Akan bergetar kaki dan tangan lepas waktu Asar. Klu diizinkan Allah, yg mgalaminya akan sedar petanda ini.

  • 40 Hari sebelum MAUT menjemput:
Akan bdenyut-denyut pusat selepas waktu Asar. Daun hayat sudah dsambut malaikat maut, Izrail. Ketika itu, Izrail akan mgikut si empunya 'daun hayat' ke mana-mana sahaja. Kadang-kala Izrail akan menampakkan dirinya dalam keadan kita yg sedar atau tidak. Bingung.

  • 7 Hari sebelum MAUT menjemput:
Menjadi terlalu berselera utk makan sedangkn sebelum ini, dia seakan-akan tak hirau akan waktu makannya.

  • 3 Hari sebelum MAUT menjemput:
Dahinya berdenyut,mata hitam sudah tak bersinar. Telinganya seperti dah layu, hujungnya seakan-akan termasuk sedikit ke dalam.

  • 1 Hari sebelum MAUT menjemput:
Denyutan di sebelah belakang ubun-ubun sesudah Asar. Itu petanda dia takkan bertemu Asar yang keesokan harinya.


Apa-apa pun:
Mati itu pasti. Marilah bersama kita saling mengimgatkan. Sebab kita pun tak tau bila. giliran kita Bila sampai part yg 7 Hari sebelum kematian tu, terus aku teringat rakan sekelas aku. Perginya mengejutkan semua orang.


Ni gambar sbahagian pelajar2 MassComm masa Anugerah Dekan tahun 2010.
Aku (nak enter-frame jugak :p) yg buat gaya tangan ala2 flying kiss.

Apa yg pasti, kami semua dah kehilangan seorg rakan, Ayie (lelaki yg duduk dan berbaju hitam)


Mohd Azreen Sohaimi (1987 - 2011)
Al-Fatihah

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...