Friday, November 25, 2011

Malaysia pun ada Rapunzel tau :)


Mempersembahkan.........
oh-oh bukan!


Bukan jugak..


Ermm bukan yang ni.


Haaa! Inilah dia Rapunzel Malaysia.
Atau nama melayunya Rapunzelilah.
p/s: Btw, naper tak Rapunzillah je? Takde lar berbelit lidah acik2 nak nyebutnya :p


Apa-apa pun:

Aku tak sempat baca pun apa isi & jalan cerita buku ni sebab nak cepat tadi. Tapi, banyak spekulasi yg timbul bila aku post-kan gambar ni kat FB. Maklumlah 'picture says 1000 words' katanya. Masing2 bebas berpendapat. Kita tak berhak nak menilai atau menghukum ye rakan2.

Salam Jumaat, semua :)

Burger Lori tak pernah se-popular ini!


Salam Jumaat semua.

Suka makan Burger?
Bukan burger McD, KFC, Burger King, Carls Jr yada yada.
Tapi ni Burger Ramly, Burger Otai, Burger Oblong & yg sewaktu dgnnya.
Atau.. lebih femes dgn nama 'Burger Lori' atau 'Burger Tepi Jalan'.


Sorry, kualiti gambo tak seberapa. Jd paparazzi, amik dari kereta je :P


Gambar ni aku snap, 2 minggu yg lepas sementara tunggu movie InTime kitorang start.
Lokasinya kat USJ tapi tak sure USJ baper. hehe
Ni first time tengok fenomena camni.
Yg paling best,
org Cina yg jarang sgt makan burger lori ni tetiba ramai pulak kumpul beratur.


Best sangat kah?
Tu aku belum try. InsyaAllah, will do...

Siapa yg dah try Burger ni, komen2 lah sikit apa rasenya ye ;)

Apa-apa pun:
Aku bukanlah kaki burger sangat. Beli bila teringin je. hehe.

Thursday, November 24, 2011

10 (lebih) sebab kena tengok Twilight: Breaking Dawn


Rasa mcm di awang-awangan sekarang ni. Macam tak jejak tanah.
Err..tapi aku bukan ponti (vampire dlm BM) okie!
Ye, aku memang tak malu mengaku yg aku ni fan fanatik Twilight.
Bukan ikut trend ye! Org giler Twilight, aku pn nak jugak.

Tak caye? Nah, baca post aku dedolu ni ha. Klik sini :)

Seperti yg diwarwarkan, aku dpt tiket FREE lepas masuk contest kat majalah EH!
Dpt 2 keping tiket Premiere, so aku ajak kawan aku si Farah join sbb dia pun 'kaki' jugak cam aku. hehe.

Gambar gila kuasa! Sorry Farah, kesian gambar dia nampak separuh je :p


Antara 4 siri yg aku dah tengok, ni lah turutan yg paling best hingga yg kurang best:
  • Twilight
  • Breaking Dawn
  • Eclipse
  • New Moon (paling slow & tak best)


OK, kembali kpd tajuk (cehwahh skema laa pulek :p)

10 sebab kena tengok Twilight SAGA: The Breaking Dawn:
  1. Edward Cullen :p
  2. Wedding scene
  3. Honeymoon scene
  4. Bella menari dgn Jacob kat wedding after-party (Dialog sedih.huu)
  5. Pregnant scene. Pling touching masa Edward kata boleh dgr suara baby dlm perut Bella :')
  6. Give birth scene
  7. Ada kesinambungan dgn Twilight. Tunjuk scene mula2 Bella & Edward dating kat kolej, mcm2 dugaan sama2, OST Twilight mcm Bella's lullaby & Flightless Bird.
  8. Bella transform jadi newborn Vampire
  9. Scene Jacob nak bunuh anak Bella tapi bila tgok mata anak Bella, terus tak jadi bunuh. It was like Graviti! Ada tunjuk nanti anak Bella, Renesmee dah besar & jadi close sgt2 dgn Jacob (ala-ala GF gituu). Cantik sgt okie Renesmee ni!
  10. Tempat2 dlm movie ni memang cantik2 giler!
Yang pasti, aku akan tengok lagi kat wayang.
Download & tengok ulang2 kali kat rumah. Hehehe ;)

The HeartthRob Fever is backkk!!!

Wednesday, November 23, 2011

Word-less Wednesday #7



More than wordless. I'm now SPEECHLESS for tonite!


Luv U, Edward Cullen =)

Sunday, November 20, 2011

Ini Karipap Punya Cerita!


Siapa suka KARIPAP?

Mesti ramai yg suka kan!
Dulu, sebagai kuih hidangan minum petang di desa, sekarang dah semakin komersial!

Minggu lepas, member opis belanja makan karipap.
Bukan sebarang karipap, tapi... karipap GERGASI!

Rasa: Ok-ok je laa, tapi minyak berladung!
Harga: RM2.50/pc
Saiz: BESARRR
Lokasi: Homi, Mid Valley (LG otw nak ke Gardens)


Ok, sekarang aku nak kongsi 2 lagi karipap feveret aku:

Rasa: Terbaek! siap ada telur rebus lagi
Harga: RM1/pc
Saiz: Medium
Lokasi: Ikea, Mutiara Damansara


Rasa: Sedap o! Paling aku suka karipap Mushroom
Harga: RM (ntah, aku tak baper ingat laa, mahal sikit kot)
Saiz: BESAR
Lokasi: Damansara Uptown, PJ


Apa-apa pun:
Masing2 ada cerita sendiri. Tapi Karipap yg mak aku buat semestinya yg paling sedap di Dunia! Cehwahh ;)

Friday, November 18, 2011

Motip?


Malam minggu aritu aku melepak tgk InTime kat Cineleisure.
Memang terbaekk weh!
Alang2 tunggu turn tu, aku tengok2 laa poster2 latest movie yg ada.
Ternampak laa poster movie ni.
Personally, aku memang ada plan nak tgk movie ni (takyah tunggu poster pun)

Bila tengok poster ni, tekojut jugak laa bila baca 'recommendation text' yg ada.
Memang EXTREME!


Apa-apa pun:

Bak kata org putih, 'Sex Sells'. Tapi apakah motip line 'elemen Wanita Seksi..' (uishh tu kira elemn ye :p) '...kata bual berunsur seks' kat situ? Oh tak lupa juga ayat 'kepuasan kelamin...'

MOTIP?

Btw, InsyaAllah klu ada masa terluang aku akan gi tengok jugak movie ni.

Jom support Filem Kita!

Wednesday, November 9, 2011

Thursday, November 3, 2011

[MESTI BACA] Mengandung anak bapak kandung??


Gila babeng lah!

Tapi lagi GILA bila jadi kat Malaysia, kalangan org kita.


TAK PERCAYA?
Hmmm... baca sendiri lah kat SINI!

Apa-apa pun:
Aku malas nak cakap apa. Rasa nak termuntah hijau, muntah darah semua ada. Korang baca sendiri lah link yg aku share kat atas tu & pikir sendiri lah! Geli lagi keji!

main KUTU haram?


Assalamualaikum semua.
Lama aku tak update blog kan? hehe.
Baru-baru ni aku gi klinik kat area Mid Valley ni haa.
Punya lah ramai yg sakit, jadi lama lah menunggu.
Tunggu punya tunggu, aku pun baca magazine EH! Okt/Nov 2010.

Terjumpa laa ni... Main KUTU haram? Betulkah?

Cer komen.. Cer komen...

Apa-apa pun:
Selidik dulu, baru tahu.. Aku pun takat berkongsi je ni, jahil jugak pasal halal haram ni sebenarnye. Wallahualam :)

P/s: Teringat dulu mama main kutu dengan jiran2. Acik-acik sangat! hehehe


Thursday, October 20, 2011

[MESTI BACA] Jadi lah macam Brunei!


Semalam, ada member FB share tear-sheet ni dr surat khabar.
Rasa seronok nak kongsi dgn semua.
Baca lah okie :)

Sila klik utk lebih jelas.

Apa-apa pun:
Aku sendiri pun tak pernah pegi Brunei (klu ada rezeki gi sana, teringin jugak kan...). Cuma dengar2 kat Brunei, banguna-bangunan tak boleh lagi tinggi dari masjid. Betul ke?

Kalau betul, memang bagus lah sbb kebanyakkan Negara sibuk berlumba nak bina bangunan pencakar langit TERRRRR...TINGGI di Dunia kan! hehehehe

Wednesday, October 19, 2011

Word-less Wednesday #5










Indahnya beraya di desa bersama adik-beradik tersayang.

Lokasi: Muar, Johor.

Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Kalendar Kuda?

Biarlah zaman semakin maju.
Yg analogi/mainstream semuanya bertukar digital.
Kalendar Kuda tetap menjadi poojaan hatiku!

Kenapa Kalendar Kuda?
  1. Kalendar turun-temurun; dari generasi ke generasi
  2. Nombor (tarikh) dicetak kemain besar! sesuai utk aku yg rabun2 ayam ni.
  3. Siap ada bulan2 dlm kalendar Islam.
  4. Senang nak tengok segala cuti yg ada (Malaysia kan byk coti. hehe)
  5. Kat bawah tu ada tulis tahun apa (maksud aku tahun Arnab ke, Ular ke, Rimau ke)
  6. Semua tarikh cuti sekolah di-highlight kuning (untunglaa cek-e-gu & memurid kan)

Haaa tengok ni, kat meja aku pun ada kalendar kuda tau :D


Apa-apa pun:
Kalendar Kuda ni memang kalendar turun-temurun family aku. Lantak lah ada kalendar lain pun, Kalendar Kuda jugak laa rujukan utama (terutamanya bila nak nengok bila cuti. hehe). Pendek kata, aku rasa penggunaan Kalendar Kuda ni memang dah sebati lah dgn org Melayu & mungkin juga kaum2 lain.

Apa pendapat korang?


Tengok ni, Kalendar Kuda pun boleh jadi modal nak buat iklan.
Cool kan?

Monday, October 17, 2011

Gila Magnum!


Ye, aku memang gila Magnum tapi.. bukan Magnum 4D okie!
hehe
Kegilaan ni bermula dgn senior aku yg mbeli Magnum Almond dulu.
Pastu, aku pun teringin laa nak rasa.
Aku pun beli.

Disebabkan aku gila cokelat & dark cokelat.
Aku try Cokelat Truffle.
Memang terus shuffle lah bila makan! hahaha (nampak benor menipunye)

Favourite aku mestilah Chocolate Truffle
Memang layannn beb!

Sejak try, memang ketagih laa..
Asyik nak beli je (ranap diet aku camnih :p)

Katanye ada Belgian chocolate. The finest cokelat in the world tuuu...


Apa-apa pun:

Korang try lah sendiri okie. Klu setakat aku je yg rasa, tak syiokk la kan. Harga RM3.90 (mahal sikit laa tp berbaloi dgn kenikmatannya. cehwahh :p).

So, which Magnum are u? Try dulu, baru tahu :)

Kpd pengguna Blackberry: Minat Apps PERCUMA?


Assalamualaikum...
Hai kawan2, siapa yg tak suka benda PERCUMA kan?

Ni haa aku nak kongsi pasal Application (App) ni.

Namanya App Stalker.
Tiap2 hari App ni akan hantar notis bagitahu apa Apps FREE yg boleh di-download utk BB korang tu.

Bukan takat FREE apps je, tapi apps lain yg dah jatuh harga pun ada kat sini.

Nak download senang je.
  1. Korang gi kat Blackberry App World tu.
  2. Patu serach App Stalker.
  3. Pastu... Download lah apa lagi! hehehe

Selamat enjoy & meng-update BB anda kawan2 :)

Thursday, October 13, 2011

[MESTI BACA] Melayu Tak Semestinya Islam


Kat opis, senior aku share artikel ni. Aku ni pun bukan baik sangat, ada jugak nakalnya, kurang lebih sana-sini. Tapi bila baca ni rasa takut, terkejut, semuanya ada.


Korang klik lah gambar ni klu nak baca (mesti baca ok!)


Apa-apa pun:
Setiap kejadian itu ada sebab & pengajaran utk dibuat tauladan. Cuma yg aku harap, semoga kita semua dilahirkan dalam Islam ni mati pun biarlah dalam Islam juga.

Rakan-rakan, komenlah pasal ni ye...
Lagi meriah berkongsi cerita klu ada yg sudi bgtahu pengalaman ketika di Kota Singa.

Hanya dikongsi sebagai iktibar, bukan niat mengaibkan.
Sekian.

Org Johor di Mata Saterawan Negara


Tengah surf-surf mencari ilham, terjumpa kata-kata ni.

Khas utk org2 Johor sedunia :)


Apa-apa pun:

Kalau ni lah yg dikatakan sifat org Johor, di negeri2 lain pulak camne ye? Kongsi-kongsi laa pendapat sekadar untuk suka-suka. Apa yg penting...
"kita 1 bangsa, kita 1 Negara..."
(Ceh dan-dan nak nyanyi lagu patriotik budak Lim Kok Wing yg kat selalu kat TV tu) hehehe.


Wednesday, October 12, 2011

Word-less Wednesday #4



Cantiknya berbelang-belang ku sangkakan Kerepek Bawang.
Rupa-rupanya... BUKAN!
Siapa dah rasa kerepek ni? Rasa dia cam pelik kan? (Bagi aku lah :p)

Word-less Wednesday #3


Minat Shila Amzah?
Nak cuti-cuti kat Gold Coast, Sepang PERCUMA?

Jom LIKE www.facebook.com/SAFI.MY & ikut je cara2 kat situ okie!
Senang kan... :)

Tuesday, October 11, 2011

Baju ZARA bercorak BABI?

Assalamualaikum..
Lama dah tak ber-blogging.

Haa tekejut tak dgn title atas ni?
Port beli baju (sekali-sekala, klu ada duit lebih & clearance sale) ada jual baju bcorak ba-alif-ba-ya & rakan2 (anjing etc)!

Al-kisahnya, semalam dinner dgn Syanana kat Mid Valley.
Pas dah kenyang melantak, kitorg jalan2 lah cuci2 mata. Sampai kat Zara, terjumpa 1 baju ni.

Bagi aku, baju ni cantik (wlaupn dlm gambar kelihatan agak kurenggg). Sesuailah dgn Syana yg btudung. Syana pun tengok baju ni. Dia belek2.

Pastu dia kata...

"Ina, cuba tengok betul2. Nampak tak gamba apa ni?"

Aku yg rabun ni pun tengok betul2. Tup-tup.. Tu diaaa!

Sila klik gambar utk lebih jelas :)



Apa-apa pun:
Ni pada pandangan mata aku & Syanana lah. Pada pandangan korang & designer baju ni pulak, aku tak pasti lah. Wallahu'alam.

p/s: Tiba2 aku tpikir, kalau lah Syana (atau sesiapa saje) beli baju ni... pastu dia solat dgn memakai baju ni. Camne agaknya ye?

Saturday, August 27, 2011

Aidilfitri & Iklan Petronas


Assalamualaikum Bloggers...

Lagi 2 hari kita nak beraya.

Ibarat ketupat lengkap berkuah kacang,
Baju Melayu lengkap bersamping.
Begitu juga lebaran tambah bermakna dengan iklan2 Petronas
yang padat dengan asam garam kehidupan & menyentuh perasaan.

Walaupun pioneer iklan sebegini, arwah Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia,
hasil karyanya tetap kekal di ingatan.
Mungkin kerana sudah terbiasa dihidangkan iklan2nya,
Aidilfitri setiap tahun pasti kita tertunggu-tunggu walau pengkaryanya dah tiada.

Okie, dalam banyak2 iklan Petronas,
mana yg paling korang suka & menyentuh perasaan kow2?

Aku sukaaaaa sgt 2 iklan Petronas kat bawah ni.
Tengok banyak kali pun, tetap sebak.

Sila klink klu nak tengok iklan

Apa-apa pun:
Apa yang baik, datangnya dari Allah. Yang kurang datangnya dari kita.

~Al-Fatihah~
Yasmin Ahmad

Thursday, August 25, 2011

Filem pendek Raya 2011 yg menyentuh perasaan


Assalamualaikum...
Semalam, ada member kat FB post link short film ni.
Layan jugak!
Mesej yg cuba disampaikan pun bagus.

Check-it-out jom rakan2 Blogger :)

Tengah syok2 layan cerita, keluar pulak mamat ni. Eh, Pok Yaa!
Classmate aku masa Diploma dulu.. Skarang pun dah keje ngan CST. Caya lah!


Apa-apa pun:
Berdasarkan kepada short film ni, aku nak beri pesanan (juga utk diri sendiri)...
Kepada rakan2 yg dah bkerja, Raya ni kongsikanlah rezeki & kegembiraan bersama keluarga (terutamanya ibu bapa) sebab... walaupun mereka tidak berapa 'ada', akan tetap di'ada'kan juga setiap kemahuan kita ♥

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin in advance :)

Wednesday, August 24, 2011

Monday, August 22, 2011

10 makanan favorite bila beraya rumah orang!


Assalamualaikum di pagi Isnin, Bloggers..

Kat sini, aku saja nak kongsi cerita.
Makanan2 yg aku sukaaa bila beraya kat rumah org.
(Walaupun hakikatnya, aku ni spesis yg suka melepet kat rumah, tapi bila dipaksa beraya, hmm beraya lah jugak :p)

Ta-daaa!

1. Rempeyek kacang dhal

2. Tart gulung


3. Biskut Arab

4. Biskut melting almond

5. Kek lapis sarawak / Kek buah / Kek cokelat


6. Buah kabung


7. Kerepek Emping (bukan emping jagung ye :p)


8. Jeruk / asam-asam


9. Lemang

10. Kuah kacang
Apa-apa pun:
Lain orang, lain citarasa. Camne ngan tekak korang pulak? Cer kongsi cer kongsi. Hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...