Saturday, August 27, 2011

Aidilfitri & Iklan Petronas


Assalamualaikum Bloggers...

Lagi 2 hari kita nak beraya.

Ibarat ketupat lengkap berkuah kacang,
Baju Melayu lengkap bersamping.
Begitu juga lebaran tambah bermakna dengan iklan2 Petronas
yang padat dengan asam garam kehidupan & menyentuh perasaan.

Walaupun pioneer iklan sebegini, arwah Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia,
hasil karyanya tetap kekal di ingatan.
Mungkin kerana sudah terbiasa dihidangkan iklan2nya,
Aidilfitri setiap tahun pasti kita tertunggu-tunggu walau pengkaryanya dah tiada.

Okie, dalam banyak2 iklan Petronas,
mana yg paling korang suka & menyentuh perasaan kow2?

Aku sukaaaaa sgt 2 iklan Petronas kat bawah ni.
Tengok banyak kali pun, tetap sebak.

Sila klink klu nak tengok iklan

Apa-apa pun:
Apa yang baik, datangnya dari Allah. Yang kurang datangnya dari kita.

~Al-Fatihah~
Yasmin Ahmad

Thursday, August 25, 2011

Filem pendek Raya 2011 yg menyentuh perasaan


Assalamualaikum...
Semalam, ada member kat FB post link short film ni.
Layan jugak!
Mesej yg cuba disampaikan pun bagus.

Check-it-out jom rakan2 Blogger :)

Tengah syok2 layan cerita, keluar pulak mamat ni. Eh, Pok Yaa!
Classmate aku masa Diploma dulu.. Skarang pun dah keje ngan CST. Caya lah!


Apa-apa pun:
Berdasarkan kepada short film ni, aku nak beri pesanan (juga utk diri sendiri)...
Kepada rakan2 yg dah bkerja, Raya ni kongsikanlah rezeki & kegembiraan bersama keluarga (terutamanya ibu bapa) sebab... walaupun mereka tidak berapa 'ada', akan tetap di'ada'kan juga setiap kemahuan kita ♥

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin in advance :)

Wednesday, August 24, 2011

Monday, August 22, 2011

10 makanan favorite bila beraya rumah orang!


Assalamualaikum di pagi Isnin, Bloggers..

Kat sini, aku saja nak kongsi cerita.
Makanan2 yg aku sukaaa bila beraya kat rumah org.
(Walaupun hakikatnya, aku ni spesis yg suka melepet kat rumah, tapi bila dipaksa beraya, hmm beraya lah jugak :p)

Ta-daaa!

1. Rempeyek kacang dhal

2. Tart gulung


3. Biskut Arab

4. Biskut melting almond

5. Kek lapis sarawak / Kek buah / Kek cokelat


6. Buah kabung


7. Kerepek Emping (bukan emping jagung ye :p)


8. Jeruk / asam-asam


9. Lemang

10. Kuah kacang
Apa-apa pun:
Lain orang, lain citarasa. Camne ngan tekak korang pulak? Cer kongsi cer kongsi. Hehe :)

Saturday, August 20, 2011

Semua pun nak Balik Kampung oi!


Lepaskan gian ber-blogging.
Selang beberapa minit, aku post entri baru.
Hehehe.

Tahu tak, semalam aku bacalah Harian Metro (dah jadi rutin :p)
Tiba-tiba terjumpa iklan ni.

Sila klik kalau tak nampak tulisan (copy) nya ye.

Aku suka iklan ni.
Aku suka suasana yg digambarkan.
Yang paling penting...
Aku suka mesej yg cuba disampaikan.

Apa-apa pun:
Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yg tersayang :)

Friday, August 19, 2011

Iftar with the Girls!


Assalamualaikum Bloggers...
Lama rasanya tak update blog kan. Entri kali ni agak penuh dengan gambar

Selasa, 16 Ogos bersamaan 16 Ramadan.
The Chicken Rice Shop, Giant Mall, Kelana Jaya.
Leen, Lala, Ema, Salwa & Aku.

Akhirnya, dapat juga berkumpul buka puasa sama-sama.
Walaupun tak cukup korum, 5 sekawan pun jadi lah! :D

Sebelum...

Yum seng!

Smile for the camera :D

Burpp! Kenyang...

Selepas. Licin tuuu!

Alhamdulillah... Ema siap baca doa

Bila dah kenyang,
kami merayau kat dalam Giant pulak.
Plan awal, nak meng-karok kan diri.
Akhirnya terbabas membeli Kad Raya. hehe.

Cehhh, acah2 khusyuk baca content :P

Kepada si Jantung Hatiku (erkk tak boleh bla) :P

Cakkkkk!

Bukan tu je, lepas makan & borong kad Raya.
Tiba-tiba aku ternampak...

Comel, kan?

Memandangkan haritu birthday Fariz, bf Salwa.
So, Sal pun belikan cupcakes ni :)


Haa ni pulak kitorang punya!


Walaupun berbeza karakter, kami tetap SATU!

Ehh ada tambah lg 1 lah! Jeng jeng jeng


Orang kata,
"Cupcakes tu cantik pada rupa, kurang pada rasa."

Tapi yg ni, sedap lah!
Moisture cokelat cake dgn topping vanila & dicorakkan.
Masa kitorang beli ni,
4pcs = RM10 je.

Tengok! Senang lah lain kali bila2 nak order cupcakes :)


Makan dah, beli kad Raya dah, beli cupcakes pun dah.
Perkenalkan diri je belum.
Heee



Aduyai.. Mata sembap, muka bengkak!

Apa-apa pun:
Mereka ni lah sahabat2 aku dari sekolah sampai lah bila-bila. Walaupun sempat lepak beberapa jam, macam2 aktiviti dilakukan. Luv u lah, Girlssss!

Sunday, August 14, 2011

Sedih. Sakit. Kecewa.


Aku fikir,
Setia balasnya setia.
Jujur balasnya percaya.
Sayang balasnya cinta.

Tapi... TAK sebenarnya!
Dalam diam2, ada juga spare-part kat alam maya.
"Tak kantoi ni!" mungkin itu fikirnya.
Tapi langit tak selau cerah.

Bak kata pepatah:
Sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah jua.



Apa-apa pun:

Aku tak salahkan sepenuhnya kat Facebook atau social network yg lain. Semuanya terpulang camner kita menggunakannya. Nak keep in touch dgn kawan2 ke, nak cari kawan baru ke atau apa-apa je lah yg baru.Sendiri mau ingat lah ye!

p/s: 6 tahun 7 bulan 12 hari yg sia-sia :(

Saturday, August 13, 2011

'Kahwin Banyak' tu keturunan ke?


Bersama F (bukan nama sebenar) lepak di Dataran Merde
ka

F: Awak tahu tak, atok sy kahwin 2. Nenek sy pun kahwin 2 tapi dah cerai. Pakcik2 sy pun ramai kahwin 2. Ayah sy pun kahwin 2 senyap2, mak sy tak tahu smp sekarang. Sy & adik2 je yg tahu. Tu pun sbb terkantoi!

Aku: Awak tak nak kahwin 2??


Apa-apa pun:
Ni salah 1 kisah benar antara kisah2 yg lain. Ramai yg aku perhati, kalau ada ahli keluarga yang kahwin lebih dari 1, mesti ada yg ikut jejak langkah. Atau dlm bahasa yg mudah,

"Kalau bapaknya kahwin 2, anaknya mesti ikut juga!"

Adakah sindrom kahwin 2 ni terkandung dlm genetik (DNA); sampai boleh jadi salah satu karakter keturunan (cehwahh, mcm belajar medic! hahaha) Apa pendapat korang? Kalau ada cerita yg berkaitan, meh ler kongsi okie :)

p/s: Alhamdulillah... takat ni, keluarga aku semuanya sepasang je sampai akhir hayat. Harap2 kami adik-beradik pn nanti begitu :)

Thursday, August 11, 2011

10 Makanan POPULAR bulan PUASA!


Assalamualaikum Bloggers.
Entri kali ni pasal makanan yg jarang-jarang ada pada hari biasa.
Tapi memang popular bila bulan puasa.

Selamat menjamu mata ye rakan-rakan....
(manalah tau boleh bg ilham nak buka apa petang nanti :p)

1. Kurma


2. Tepung Pelita


3. Kuih Akok


4. Murtabak


5. Roti John


6. Bubur Lambuk


7. Ayam Percik


8. Ayam Golek


9. Gulai Kawah


10. Nasi Tomato


Apa-apa pun:
Lain tempat, lain pula seleranya. Camne kat tempat korang? Apa agaknya makanan yg popular di bulan Puasa ni? Cer kongsi.. Cer kongsi :)

p/s: all pics are creditted to Google Images

Lori mana pilihan hati?


Ini lori, bukan sebarang lori.
Ini lori bikin kita dahaga tak ingat dunia!

Ok sekarang, korang pilih yg mana?


Haa, aku chupp yg tahun 50-an & 80-an (van feeling2 reggae tuu :p)


Apa-apa pun:
Kita semua pernah berada di zaman yg tertunggu-tunggu kunjungan lori2 ni kat sekolah. Tak kisah la MILO ke, Vitagen ke, Dutch Lady ke, susu Goodday ke, sup Campbell ke or apa2 je lah. Pastu kena bawak balik borang, tandakan kt rumah nak perisa apa & kuantitinya sekali.

Haipp, jangan tipu. Kebanyakan kita pernah lalui zaman tu :)

Wednesday, August 10, 2011

Word-less Wednesday #1


Biarpun menetap di Kuala Lumpur,

Aku tetap bangga jadi anak kelahiran Johor :)







Salam Ramadan. Sekian :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...