Saturday, April 2, 2011

Gaji Pertama!


Nak kata gaji pertama, takde lah pertama sangat.
Sebab dah banyak kali dapat gaji kerja part-time (sejak dari habis SPM lagi)
Tapi gaji pertama yg aku nak cerita ni bermakna
Bukan utk aku je, tapi untuk family jugak.

Kiranya ni gaji pertama selepas bergelar Graduan (wah! :p)

Gaji pertama aku 'special' sikit.
Dah 2 bulan lebih kerja, baru merasa dapat gaji!
Dapat double uols.
Syukur :)

"Sukakannnnnya? Gandakannnnnya!"
ihsan daripada tagline A&W Chinese New Year aritu.

Dengan berbekalkan gaji tu, aku dapat beli...

1. Blackberry Bold 3

Dulu masa study, boleh dikatakan classmates and student2 MassComm ramai yg pakai Blackberry. Aku? Memang tak mampu laa..harapkan Nokia 3250 yg dibeli tahun 2006 tu je lah (hpon tu memang byk bjasa). Bila dah kerja, berjaya juga ku petik Blackberry di Taman Maxis :)

2. Beli buku utk Ayah

Memandangkan kitorang ni bukan lah berada sgt. Jadi tiap kali dapat no.1 dlm kelas, ayah mesti belikan buku sebagai hadiah (yg paling mahal= Ensiklopedia Sains RM89 kot). Jadi, bila aku dah kerja, sebagai hadiah gaji no.1, aku pulak belikan Ayah buku :') harap2 dapat membantu kerja2 Ayah.

3. Family-day-out!

Hari berjalan-jalan dimulakan dgn bersarapan kat Salam Sentosa, Rawang.
Geng Seragam Hitam tapi err.. apa garisan di bawah mata aku tu?


Yeayyy dah sampai kat One Utama! Hujung2 Disember time ni. Cantik kan deco nye?


Dah beli tiket wayang (ni first time Mama, Shafiq & Laila tgok wayang :D).
Pastu, nak buat apa ehh??

Yeahhh itu dia aktiviti main game Mama & Laila.
Mama memang sporting lah!


Lapa pulak. Tunggu tempat tak dapat2 :(


Burrrppp! Kenyang.. tengok, licin! Mama happy sbb dapat free 3 porcelain bowl KFC :)

Tu cerita gaji pertama. Sekarang ni dah April, tunggu gaji ke-5 lah gamaknye. Sudah di bank-in tapi cheque belum clear lagi. hehehe.

Walau apa pun (tetap nak ada penutup kata) :p

Di mataku:
Bekerja bukan satu beban, tapi satu kepuasan.
Puas melihat orang yg kita sayang tersenyum, ketawa.
Puas melihat mereka teruja mencuba sesuatu yg mereka tak pernah rasa.
dan yang paling penting...
Puas melihat diri sendiri mampu menggembirakan keluarga (terutama Mama dan Ayah) dgn gaji pertama hasil susah payah sendiri.
Sebagai anak sulung, aku lah testimonial pertama Mama dan Ayah. Dalam erti kata lain, inilah kali pertama, mereka dapat merasa kejayaan anak yg dibesarkan selama 24 tahun.

Berkat doa mereka. Syukur atas segala rezeki-Mu :')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...