Tengah syok2 aku baring sambil tgok Astro, mama tiba2 suruh hantar resume.
"Nak hantar kat mana, Ma? Dulu, dah banyak try, takde respon pun."
"Hantar je kat mana-mana. Mana lah tahu kali ni ada rezeki."
Dah jadi 1 kebiasaan, tiap kali mama cakap benda baik2, terus aku 'amin'kan dlm hati.
Disebabkan aku ni memang pemalas orgnya, aku biarkan je lah dulu apa mama cakap tu.
Senang kata, takde follow-up langsung. hehe.
17 April (Ahad):Kat rumah sewa - Bangsar.
Bosan2 ON laptop. Try tgok wifi, yeayy ada internet free! Entah camne aku tergerak nak mulakan kerja yg dah berbulan-bulan aku tinggalkan (meng-update resume).
Makin lama, makin bersemangat.
Lepas update, bukak website 4As lak,
Ada lah 5 agency yg aku dah layangkan resume aku tu.
Tapi tu laa..malas dh nak berharap...
Tapi bila ingat kata-kata mama, aku jadi yakin!
18 April (Isnin):Betul lah kata orang, pagi2 murah rezeki.
Tiba2 aku dapat call dari Agency ni, suruh datang interview.
Dan dlm masa yg sama, dpt email lain.
Ada yg kata, buat masa ni takde vacancy lagi,
kalau ada nanti dia panggil.
Bersyukur jugak laa diorg sudi balas email.
Kalau tak?? Harammm!
Tiba2...
Teringat 7 bulan dulu (KLMJ sgt!),
2bulan sebelum abis practical,
aku hantar resume sana-sini.
Sampai skang takde satu pun reply.
Mungkin rezeki aku kat tempat keje aku skg ni.
Syukur, banyak ilmu dapat kat sini.
Call dah, interview pun dah. Skang cuma berserah pada Yang Maha Pemurah.
Harap2 ada rezeki.
Apa2 pun, kata-kata yang keluar daripada mulut mama adalah satu DOA.
DOA yg tiada hijabnya.
Inilah dia Ratu Hatiku :) Di mataku:Aku pun nak ucapkan Terima Kasih banyak2 utk mama sebab tiap kali aku ceritakan apa2 masalah kat mama, mama cuma cakap...
"Sabar..." itu je lah.
Dan disebabkan sepotong kata2nya yg sering diulang2 tu lah, aku dapat rasakan aku skang ni lebih sabar daripada aku yang dulu. Syukur.... sebab aku dikurniakan ibu bapa & keluarga yg faham minat & kerja aku.
Buat rakan2,kalau ada masalah, ceritakanlah kat ibu/mak/mama/mommy/ummi anda. Setiap jawapan dan penyelesaian yg keluar dari mulutnya, adalah DOA. Percayalah....p/s: Perkataan 'mulut mak masin' salah satu kata bidalan org Melayu. 'Mulut mak masin' sbb mak dah makan garam dulu. Kiranya dah berpengalaman selok-belok hidup ni.