Wednesday, July 13, 2011

Dunia berakhir 2012?


"Dunia berakhir 2012? Siapa tahu bilakah punca masalah kulit kepala akan berakhir?"

Lebih kurang camni lah voice-overnya.

Ketika org ramai tgh sibuk menonton TV menunggu berita2 terkini BERSIH 2.O, keluar pulak iklan memBERSIHkan kulit kepala ni. Terkejut! Memang sangat2 terkejut!


Siapa sangka hal-hal dunia berakhir (kiamat) ni boleh dibuat main?
Siapa sangka iklan begini boleh lepas di-adaptkan dan ditayangkan di Malaysia, yg rata-rata penduduknya beragama Islam?

Pelik. Aneh.


Sebagai Penulis Iklan (Copywriter),
kita memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menjaga sensitiviti agama juga budaya. Siapa tak suka idea gila-gila, aku kalau boleh 'the crazier, the better' tapi bab2 Agama ni tak boleh dijadikan metafora untuk berkarya lah!
Benda2 camni akan merosakkan minda/fahaman org.
Buatnya kalau ada budak kecik tiba2 tanya mak dia...

"Betul ke Mama, 2012 ni kita semua mati?"

Apa nak jawab?

Apa-apa pun:
Tak boleh salahkan juga Copywriter yg membuat skrip, sebab iklan ni pun asalnya dari Negara luar. Kita copywriter kdg2 hanya perlu translate & craft as per. Jadi, nak taknak, kita pun kena pasrah-parah laa dgn kehendak client yg 'never an inch wiser'. Oppps!

Tak kira apa sekali pun kerja/jawatan, kita semua ada tanggungjawab utk Agama, bangsa & Negara. Jgn kerja kerana wang semata-mata (walaupun hakikatnya, duit tu memang penting. ehehe). Tapi maruah kita lagi penting okie :)

2 comments:

  1. thank cz sudi pndapat kat blog sy.. mulanya, smasa nk tulis artikel ttg ni, takut gak dihentam.. & takut gak saya sorang j y terasa..alhamdulillah..kita rakyat malaysia..msti kt tau mana y baik & mana y x patut...

    kata2 kat iklan tu mmg boleh merosakkan minda ank2... x diakui... sbb iklan mmg kuat mpengaruhi kehidupan ank2 kan.. cam ank sy pon suka tru kata2 & gaya2 kat dlm iklan.. semua y menarik dia ikut..

    seandainya iklan ni dr luar pon.. bila msuk malaysia..msti akn ditapis dulu kan??? ermmm... mcmana blh tlps g2??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...