Thursday, October 20, 2011

[MESTI BACA] Jadi lah macam Brunei!


Semalam, ada member FB share tear-sheet ni dr surat khabar.
Rasa seronok nak kongsi dgn semua.
Baca lah okie :)

Sila klik utk lebih jelas.

Apa-apa pun:
Aku sendiri pun tak pernah pegi Brunei (klu ada rezeki gi sana, teringin jugak kan...). Cuma dengar2 kat Brunei, banguna-bangunan tak boleh lagi tinggi dari masjid. Betul ke?

Kalau betul, memang bagus lah sbb kebanyakkan Negara sibuk berlumba nak bina bangunan pencakar langit TERRRRR...TINGGI di Dunia kan! hehehehe

Wednesday, October 19, 2011

Word-less Wednesday #5










Indahnya beraya di desa bersama adik-beradik tersayang.

Lokasi: Muar, Johor.

Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Kalendar Kuda?

Biarlah zaman semakin maju.
Yg analogi/mainstream semuanya bertukar digital.
Kalendar Kuda tetap menjadi poojaan hatiku!

Kenapa Kalendar Kuda?
  1. Kalendar turun-temurun; dari generasi ke generasi
  2. Nombor (tarikh) dicetak kemain besar! sesuai utk aku yg rabun2 ayam ni.
  3. Siap ada bulan2 dlm kalendar Islam.
  4. Senang nak tengok segala cuti yg ada (Malaysia kan byk coti. hehe)
  5. Kat bawah tu ada tulis tahun apa (maksud aku tahun Arnab ke, Ular ke, Rimau ke)
  6. Semua tarikh cuti sekolah di-highlight kuning (untunglaa cek-e-gu & memurid kan)

Haaa tengok ni, kat meja aku pun ada kalendar kuda tau :D


Apa-apa pun:
Kalendar Kuda ni memang kalendar turun-temurun family aku. Lantak lah ada kalendar lain pun, Kalendar Kuda jugak laa rujukan utama (terutamanya bila nak nengok bila cuti. hehe). Pendek kata, aku rasa penggunaan Kalendar Kuda ni memang dah sebati lah dgn org Melayu & mungkin juga kaum2 lain.

Apa pendapat korang?


Tengok ni, Kalendar Kuda pun boleh jadi modal nak buat iklan.
Cool kan?

Monday, October 17, 2011

Gila Magnum!


Ye, aku memang gila Magnum tapi.. bukan Magnum 4D okie!
hehe
Kegilaan ni bermula dgn senior aku yg mbeli Magnum Almond dulu.
Pastu, aku pun teringin laa nak rasa.
Aku pun beli.

Disebabkan aku gila cokelat & dark cokelat.
Aku try Cokelat Truffle.
Memang terus shuffle lah bila makan! hahaha (nampak benor menipunye)

Favourite aku mestilah Chocolate Truffle
Memang layannn beb!

Sejak try, memang ketagih laa..
Asyik nak beli je (ranap diet aku camnih :p)

Katanye ada Belgian chocolate. The finest cokelat in the world tuuu...


Apa-apa pun:

Korang try lah sendiri okie. Klu setakat aku je yg rasa, tak syiokk la kan. Harga RM3.90 (mahal sikit laa tp berbaloi dgn kenikmatannya. cehwahh :p).

So, which Magnum are u? Try dulu, baru tahu :)

Kpd pengguna Blackberry: Minat Apps PERCUMA?


Assalamualaikum...
Hai kawan2, siapa yg tak suka benda PERCUMA kan?

Ni haa aku nak kongsi pasal Application (App) ni.

Namanya App Stalker.
Tiap2 hari App ni akan hantar notis bagitahu apa Apps FREE yg boleh di-download utk BB korang tu.

Bukan takat FREE apps je, tapi apps lain yg dah jatuh harga pun ada kat sini.

Nak download senang je.
  1. Korang gi kat Blackberry App World tu.
  2. Patu serach App Stalker.
  3. Pastu... Download lah apa lagi! hehehe

Selamat enjoy & meng-update BB anda kawan2 :)

Thursday, October 13, 2011

[MESTI BACA] Melayu Tak Semestinya Islam


Kat opis, senior aku share artikel ni. Aku ni pun bukan baik sangat, ada jugak nakalnya, kurang lebih sana-sini. Tapi bila baca ni rasa takut, terkejut, semuanya ada.


Korang klik lah gambar ni klu nak baca (mesti baca ok!)


Apa-apa pun:
Setiap kejadian itu ada sebab & pengajaran utk dibuat tauladan. Cuma yg aku harap, semoga kita semua dilahirkan dalam Islam ni mati pun biarlah dalam Islam juga.

Rakan-rakan, komenlah pasal ni ye...
Lagi meriah berkongsi cerita klu ada yg sudi bgtahu pengalaman ketika di Kota Singa.

Hanya dikongsi sebagai iktibar, bukan niat mengaibkan.
Sekian.

Org Johor di Mata Saterawan Negara


Tengah surf-surf mencari ilham, terjumpa kata-kata ni.

Khas utk org2 Johor sedunia :)


Apa-apa pun:

Kalau ni lah yg dikatakan sifat org Johor, di negeri2 lain pulak camne ye? Kongsi-kongsi laa pendapat sekadar untuk suka-suka. Apa yg penting...
"kita 1 bangsa, kita 1 Negara..."
(Ceh dan-dan nak nyanyi lagu patriotik budak Lim Kok Wing yg kat selalu kat TV tu) hehehe.


Wednesday, October 12, 2011

Word-less Wednesday #4



Cantiknya berbelang-belang ku sangkakan Kerepek Bawang.
Rupa-rupanya... BUKAN!
Siapa dah rasa kerepek ni? Rasa dia cam pelik kan? (Bagi aku lah :p)

Word-less Wednesday #3


Minat Shila Amzah?
Nak cuti-cuti kat Gold Coast, Sepang PERCUMA?

Jom LIKE www.facebook.com/SAFI.MY & ikut je cara2 kat situ okie!
Senang kan... :)

Tuesday, October 11, 2011

Baju ZARA bercorak BABI?

Assalamualaikum..
Lama dah tak ber-blogging.

Haa tekejut tak dgn title atas ni?
Port beli baju (sekali-sekala, klu ada duit lebih & clearance sale) ada jual baju bcorak ba-alif-ba-ya & rakan2 (anjing etc)!

Al-kisahnya, semalam dinner dgn Syanana kat Mid Valley.
Pas dah kenyang melantak, kitorg jalan2 lah cuci2 mata. Sampai kat Zara, terjumpa 1 baju ni.

Bagi aku, baju ni cantik (wlaupn dlm gambar kelihatan agak kurenggg). Sesuailah dgn Syana yg btudung. Syana pun tengok baju ni. Dia belek2.

Pastu dia kata...

"Ina, cuba tengok betul2. Nampak tak gamba apa ni?"

Aku yg rabun ni pun tengok betul2. Tup-tup.. Tu diaaa!

Sila klik gambar utk lebih jelas :)



Apa-apa pun:
Ni pada pandangan mata aku & Syanana lah. Pada pandangan korang & designer baju ni pulak, aku tak pasti lah. Wallahu'alam.

p/s: Tiba2 aku tpikir, kalau lah Syana (atau sesiapa saje) beli baju ni... pastu dia solat dgn memakai baju ni. Camne agaknya ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...