Saturday, July 23, 2011

Cerita Mesin Kopi!


"Minum Kopi dengan Teh Tarik guna MESIN?"


Betul. Ni haa mesinnya.
Pagi2 sampai opis, tengok Tea Lady dok refill kopi, krimer, teh, gula dlm mesin.
Apa lagi, aku kow-tim dgn dia & terus amik gambar.
Enjoicee kawan2!

(Tengok menu) Now, coffee, tea or ME? hehe

Sedia....

Ta-daa! Bukan senang dapat tengok ni tau


Ehh, apa motip set McDonald's kat sini?

Haa! Aku ni jenis manusia-makan-bermusim. Ada 1 masa tu, aku gilaaa makan breakfast McDonald's yg RM4 tu (lepas tax etc, jadilah RM4.75.hehe). Setiap pagi, aku mesti tapau sarapan McD saaaaampaaai lebih sebulan! Bayangkan, tiap-tiap hari??
Entah macam mana, aku tiba2 kerap susah nak bernafas. Jenuh kena tarik dalam2.
Sejak tu, aku fikir aku patut hentikan je lah musim sarapan McD ni.

Bak kata orang tua2,

"Dah jatuh tersungkur, baru nak terngadah!"

Muka pagi!

Apa-apa pun:
Bila tengok mesin ni, aku teringat kat satu kafe area Shah Alam tu. Dalam menu, ada Mocha, Cappucino, Espresso semua lah. Disebabkan mata aku ni suka meliar, aku ternampak mesin Nescafe yg aku tunjuk tadi. Hmm.. kalau takat tekan mesin tu, secawan dah RM 4.50-7++ (aku pn tak igt berapa harga dlm menu tu :p). Baik aku minum kat opis je.
Pilih. Tekan. Free flow on-the-go (minum tak ingat dunia!)

Friday, July 22, 2011

Lagi pasal 2012


Menarik memang menarik.
Tapi.........................................
Nah, tengok lah sendiri okie.

[klik sini klu nak tengok video]

Ni pulak aku 'snap dr surat khabar.
Sila klik gambar & zoom klu tak nampak k.

Apa-apa pun:
Dah hilang nilai "sensitiviti" dlm minda masyarakat. Sampai benda2 mcm ni pun jadi mainan dunia.

Wednesday, July 13, 2011

Lagu bukan sekadar lagu.


Hai rakan2,
Nak kongsikan video2 ni. Yg aku dok ulang banyak2 kali.

Check out lah ye vid2 clip ni.

Hayati setiap bait lirik dan babak dramanya yg tersirat penceritaan.
Enjoic

[klik kat sini klu nak tengok]
Ni vid clip fave yg paling latest lah! Mula2 tak suka dgr Lan nyanyi lagu ni yg tak sudah2 memekick-memekick tu kan. Tapi lepas tgok vid clip ni, asyik marathonnn je lagu/vid clip nya sekali.



[klik kat sini klu nak tengok]
Memang drama abis! Akim biasa lah, nyanyi penuh perasaan. Tapi serius best weh!


[klik kat sini klu nak tengok]
Yuna tak payah cakap laa, memang talented dan ada international feel gituu. Aku suka idea vid clip ni yg ala2 'spread the luv notes' cuma.. sbb byk guna kertas kan. Tree-killers! hehe


Lagu ni sedih woo.. Nak2 dgn penceritaan vid clip dia yg lg menyayat hati (ececeh).
Talent yg pompuan tu cun!
Zizan plak acah2 serius. hehe


[klik kat sini klu nak tengok]
Lagu ni kira salah satu feveret aku buat masa ni. Sampai meremang2 dgr gabungan mantap 3 suara ni!
tapi sedikit hampa dgn vid clip nya. Ye, setiap org ada cara tsendiri utk berkarya. Tapi.. lagu ni betul2 penuh emosi, drama, bermakna.. tapi vid clip dia cam 'kosong'. Tu pendapat personal aku lah ye..
Anyhow, this is a good song! Proud of Shila.. masih muda tapi dapat bergandingan dgn 2 diva yg suara tak yah cakap laa hebatnye. InsyaAllah Shila pun akan smp tahap tu satu hari nanti :)


P/S:
kepada yg nak kongsikan vid clip feveret anda di sini, silakan drop comment kat bawah ye.. Tenkiu bloggers. sama2 kita kongsi pendapat :)

Apa-apa pun:

Tahniah utk production houses di Malaysia kerana nampaknya, vid2 clip sudah memberi added value kepada lagu yg dinyanyikan oleh artis2 tempatan ni.
Kiranya adalah penceritaan sikit. Takde lah dok keliling estet getah atau membuat gerakan setempat je kan.

Dunia berakhir 2012?


"Dunia berakhir 2012? Siapa tahu bilakah punca masalah kulit kepala akan berakhir?"

Lebih kurang camni lah voice-overnya.

Ketika org ramai tgh sibuk menonton TV menunggu berita2 terkini BERSIH 2.O, keluar pulak iklan memBERSIHkan kulit kepala ni. Terkejut! Memang sangat2 terkejut!


Siapa sangka hal-hal dunia berakhir (kiamat) ni boleh dibuat main?
Siapa sangka iklan begini boleh lepas di-adaptkan dan ditayangkan di Malaysia, yg rata-rata penduduknya beragama Islam?

Pelik. Aneh.


Sebagai Penulis Iklan (Copywriter),
kita memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menjaga sensitiviti agama juga budaya. Siapa tak suka idea gila-gila, aku kalau boleh 'the crazier, the better' tapi bab2 Agama ni tak boleh dijadikan metafora untuk berkarya lah!
Benda2 camni akan merosakkan minda/fahaman org.
Buatnya kalau ada budak kecik tiba2 tanya mak dia...

"Betul ke Mama, 2012 ni kita semua mati?"

Apa nak jawab?

Apa-apa pun:
Tak boleh salahkan juga Copywriter yg membuat skrip, sebab iklan ni pun asalnya dari Negara luar. Kita copywriter kdg2 hanya perlu translate & craft as per. Jadi, nak taknak, kita pun kena pasrah-parah laa dgn kehendak client yg 'never an inch wiser'. Oppps!

Tak kira apa sekali pun kerja/jawatan, kita semua ada tanggungjawab utk Agama, bangsa & Negara. Jgn kerja kerana wang semata-mata (walaupun hakikatnya, duit tu memang penting. ehehe). Tapi maruah kita lagi penting okie :)

Tuesday, July 12, 2011

Gila ber-PICNIK!


Ini picnic bukan sebarang picnic. Tapi PICNIK di alam maya.
Tak caye? Cuba tengok ni...

Meh buat sandwich sat! (klu tak nampak, klik kat gambar ok)



Ni 2 screen capture utk tatapan.
Khas buat mereka yg...
  • Pemalas
  • Suka edit gambar syok sendiri
  • Nak hasil gambar nampak macam Pro :p
Sila klik http://www.picnik.com/ . Enjoiceee!

Apa-apa pun:
Seronok jugak explore benda alah ni! Kalau boleh, semua gambar nak di-edit. Hehe :)

Monday, July 11, 2011

Alkisah Hari Ibu...


Biarpun cerita Hari Ibu dh agak basi, aku tetap nak kongsi. Hehe.


Tanya kat
Zaty (adik)

"Weh, nak bagi Mama hadiah apa Hari Ibu?"


"Hmm.. Aritu mama ada tgk2 handbag. Handbag Mama dh koyak2."


Tak cakap banyak. Handbag terus masuk list gaji bulan Mei!


*Survey. Survey. Survey*


Niat di hati nak beli BONIA. Tapi... mak aihh sampai RM700lbih (tu pun yg paling cikai)
Klu aku beli BONIA tu, alamatnya duduk Bosnia laa aku takde duit nak makan hari2 :p


*Survey lagi. Untuk tak terkira yg ke-berapa kali*


Akhirnya!!! Tak dapat BONIA, Sembonia pun jadi lah.
Okie laa, tak exceed budget.
Yang pasti, L.E.A.T.H.E.R.

Ni haa hasil tangkapan utk Mama :)

Ini baru paper begnya.

Sabar ye... Belum lagi.

Ta-daaa!

Dari pandangan sisi..
.

Fuhh... Nasib tak over budget!

The genuine leather tag.

Cara menjaga barangan kulit.. Handle with care ye :)
(sila zoom kalau nak baca)

Apa-apa pun:
Lega dapat belikan Mama benda yg dia tak pernah beli (hmm klu pernah beli pun, maybe yearssss ago :P). Dapat jugak Mama merasa kan pakai leather ni... Syukur diberikan rezeki utk buat Mama gembira. Walaupun Mama tak pernah pun meminta, sekali-sekala apa salahnya.

Rakan2 boleh laa check out website ni k http://sembonia.com/ :)

Oh, masa hadapan!


Assalamualaikum....

Boleh dikatakan tiap2 minggu, mesti ada invitation drp rakan2 kat FB.
Kalau tak kahwin, tunang..tak pun, besday or cukur jambul anak.

Bila tgk gambar2 wedding kengkawan, mesti ada komen camni

"Eee..terasa macam nak kawen plak."


"Alaa aku baru plan nak tema warna ni. Ko dah buat dulu."


"Haa lepas ni, turn siapa pulak yg kawen??"


Semuanya macam excited, berlumba-luma nak kahwin!


Aku tak tau lah kenapa. Mungkin aku ni spesis wanita pelik.
Sebab aku macam
geli bila dengar atau baca kata2 begini.
Aku paling alergik bila org tanya2 aku pasal kawen ni. Aduiiii geli-geleman satu badan!



Apa-apa pun:

Aku bukan menidakkan suruhan Agama. Cuma.. mungkin belum sampai masanya.
Dalam otak aku cuma Famili, Kerjaya dan Duit (hehehe penting ni :p). Ehh lagipun umur 24 tu muda lagi.. rilek arrr :D


Sunday, July 10, 2011

24 and still Rawrrr!


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak tulis blog. Percayalah..dalam otak aku ni, banyak yg nak dikongsikan.
Cuma masa yang sesuai je tak ada nak ceritakan semua.
Tapi takpe.. jgn risau, cerita tetap cerita okie! (cehh, mcm ramai pulak yg nak baca :p)

Hmm.. macam tak percaya,

Aku dah pun cecah angka 24 (ehh at least aku tak sorok umur tau!)



Kek Besday yg Mama beli (acah2 nak buat surprise! hehe)


Dulu kecik je..skang dah umur 24 tahun. Dah pandai potong kek sendiri :')


Kek Besday yg di-surprisekan oleh Leen, Lala, Salwa, Eiman utk aku & Emmo


Close your eyes... Make a wish...


Ta-daa! Terima kasih utk hadiah2. Terima kasih utk hari yg amat indah!


Hadiah drp yg tersayang (tapi tahun ni takde kek pun! :()


Di mataku:
Sambutan Hari Lahir tahun ni pun agak meriah.
Bersama keluarga, rakan2 karib sejak dr sekolah, rakan sekerja dan.... teman sehati (cehwahh).
Tiba2 terasa masih ramai yg sayang pulak (mcm tajuk konsert pop yeh yeh daa)
Hehehe :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...