KFC, besar kenangannya buat kami sekeluarga. Memandangkan kami bukan daripada keluarga yang berada, untuk makan di Chillis, Tony Romas atau Friday's memang jauh sekali. Apa yang mampu dan agak istimewa, hanyalah KFC... (Oh, Pizza Hut mungkin adalah beberapa kali).
Ingat lagi, ketika aku masih kecil. Seronok betul bila ayah dan mama bawa pergi KFC. Kiranya, kalau dapat makan KFC, itulah hari ‘mewah’ kami. Kalau nak tahu, aku dulu ahli Kids Fun Club. Hehe selain dapat mainan yang best-best, dapat juga majalah free. Eh, ingat lagi rancangan KFC Hour? Yang dihoskan kak Intan tuu.. Dulu, aku tak putus-putus hantar lukisan ke KFC Hour tapi tak pernah menang pun. Hmm...
Boleh dikatakan, kami 4 beradik membesar dengan KFC. Nak tahu kenapa? Bila ada hari penting, mesti ayah belanja KFC. Setiap kali kami adik beradik dapat 5A, 7A, straight As, nombor 1 dalam kelas, pointer 4.00 atau Dean's List, KFC lah tempat menyambut kejayaan kami. Tak cukup dengan itu, hari jadi kami juga disambut di KFC. Pendek kata, semuanya KFC!
Minggu lalu, kami sekeluarga ke KFC lagi. Tapi kali ni, giliran aku pula yang jadi ketua keluarga..eh, bukan! Ketua 'belanja' lah. Melihat keluargaku berselera menjamah makanan, sudah cukup buat aku kenyang. Macam tak percaya, 1 ketul ayam pun aku tak habis makan.
"KFC je??"
"Alah, setakat KFC tu.. Murah je kot!"
Biarlah apa kata mereka, memang benar KFC tu murah harganya tapi nilainya amat tinggi di mata kami. Di KFC lah, tersimpannya kenangan, terbalasnya kepayahan dan yang paling penting, di KFC juga terlakarnya realiti susah senang sebuah keluarga.
Ikhlas,
Nor Marlina.