Tuesday, April 12, 2011

less is MORE.


Simple but the message is Incredible.
Inilah yg kita mahukan.
Sebarkan mesej keamanan di mana-mana saja.

Cuba teka apa ni? :)


Di mataku:

Sangat cute! Kiranya macam, be responsible in the cutest way gituu.
Ok now, lets pray for Japan (& Malaysia juga).. minta dijauhkan segala bencana.
Amin.

Sunday, April 10, 2011

Pertama kali: Haagen Dasz.


Sabtu, 2 April
Jusco AEON Bukit Tinggi, Klang

OK, kat sini aku nak kongsi pasal kenangan pertama.
Bukan kenangan pertama cintan-cintun
Tapi kenangan pertama makan AisKrim mahal!
(aippp, jgn salah paham ye :p)
Dan, aku tak malu pun nak mengaku
Ni lah pertama kali aku makan ais krim jenama ni seumur hidup aku.

Ini baru gelasnya, belum eskremnya!


Haaa! yang ni baru betul. Macadamia Nut + Dark Choc Orange!


Ini dia gadis2 pelahap (Leen, Lala, Ema & aku.hehe)

So far,
Eskrem semuanya sedap!
Yg penting, favorite aku memang Dark Choc Orange laa.
Tapi ada 1 je yang TAK SEDAP!
Nak tahu apa dia?
Servis staff2 kat Haagen Dasz tuu sendiri!
Bukan nak kata laa,
Kitorang ni first time makan kat sini
(walaupun first time, bukan bmakna kitorg tak mampu okayy!)
Nama pun first time, mana lah reti nak order bagai kan.
Org2 yg amik order (nmpak gaya mcm baru abis SPM je) boleh tahan2 gelak.
Ada tu yg terus gelak je.
Heiiii mcm tu ke layan customer??

Awak tu bukan Bos pun. Takat keje part time, dah pandai gelak2kn org.


Ahhh lantak lah, janji aku kenyang melantak!

Di mataku:
Biar mengaku tak tahu daripada buat2 tahu, last2 sesat jalan. Tapi tu lah, nak buat macam mana. Ada setengah org tu mentang2 dia bekerja kat tempat yg agak berjenama (padahal diri tak seberapa pun) suka pandang rendah kat org lain. Sama lah kes nye dengan seorang lelaki yg hanya memakai T-shirt Pagoda, short pan & selipar masuk ke satu butik mewah (high-end katanya). Takde siapa pun entertain dia. Maklumlah mesti diorang pikir "alaa takde duit ni." tapi sekali dia beli Rolex, baru semua org terkejut dan terbongkar lah si selekeh tu tadi sebenarnya seorang Dato'/Datuk!

Sekarang, siapa yg malu? Mereka dan keluarga mereka.
Sekian.

Saturday, April 2, 2011

Baju pun dah ada UV-screen eh sekarang?


Sabtu. Cuti dan bangun awal.
Tak tau nak buat apa, duduk kat hall, buat Nescafe dan tengok TV.
Time tu, tengah show Nasi Lemak Kopi O kat TV9.
Sambil hirup Nescafe, belek2 lah surat khabar Metro bertarikh 1 April
(Yg bestnye, aku tak baca sgt berita. Aku baca semua copy print ads yg ada dlm tu :p)

Tiba2 terjumpalah 1 ad ni.
Ha? Baju UV (UltraViolet/UltraUngu) !

Tengok tu, PAKAIAN TABIR SURIA! Wow, gila aku terus terkejut!
Ye laa selalunya dengar UV skincare, UV hair care etc. Tiba2 ada BAJU pulak kan.


Okie, meh baca copy (text) dia. Fahamkan.
"...dapat menapis 90% daripada sinaran UltraUngu."

See, siap ada prove & approval lagi!

Kalau nak tahu, apa rasanya pakai baju tabir suria ni, try lah beli. Siapa yg dah beli tu, boleh laa share2 perasaan bila pakai baju ni.

Apa2 pun, penutup kata tetap ada. Hehehe :p

Di mataku:
Dah wujud baju UV, bertujuan nak jaga kulit. So, bila lagi designers or textile-genius nak come out dgn idea baju pembakar lemak (kcal burning dresses/pants) atau baju pengurut (massaging dresses/pants) ? Sesuai utk warga kota metropolitan, yg bkerja tak tentu masa & selalu amalkan diet tak sihat. Kalaulah betul2 menjadi, baju bukan lagi sekadar pakaian biasa tapi akan jadi satu benda yg amat diperlukan :)

Gaji Pertama!


Nak kata gaji pertama, takde lah pertama sangat.
Sebab dah banyak kali dapat gaji kerja part-time (sejak dari habis SPM lagi)
Tapi gaji pertama yg aku nak cerita ni bermakna
Bukan utk aku je, tapi untuk family jugak.

Kiranya ni gaji pertama selepas bergelar Graduan (wah! :p)

Gaji pertama aku 'special' sikit.
Dah 2 bulan lebih kerja, baru merasa dapat gaji!
Dapat double uols.
Syukur :)

"Sukakannnnnya? Gandakannnnnya!"
ihsan daripada tagline A&W Chinese New Year aritu.

Dengan berbekalkan gaji tu, aku dapat beli...

1. Blackberry Bold 3

Dulu masa study, boleh dikatakan classmates and student2 MassComm ramai yg pakai Blackberry. Aku? Memang tak mampu laa..harapkan Nokia 3250 yg dibeli tahun 2006 tu je lah (hpon tu memang byk bjasa). Bila dah kerja, berjaya juga ku petik Blackberry di Taman Maxis :)

2. Beli buku utk Ayah

Memandangkan kitorang ni bukan lah berada sgt. Jadi tiap kali dapat no.1 dlm kelas, ayah mesti belikan buku sebagai hadiah (yg paling mahal= Ensiklopedia Sains RM89 kot). Jadi, bila aku dah kerja, sebagai hadiah gaji no.1, aku pulak belikan Ayah buku :') harap2 dapat membantu kerja2 Ayah.

3. Family-day-out!

Hari berjalan-jalan dimulakan dgn bersarapan kat Salam Sentosa, Rawang.
Geng Seragam Hitam tapi err.. apa garisan di bawah mata aku tu?


Yeayyy dah sampai kat One Utama! Hujung2 Disember time ni. Cantik kan deco nye?


Dah beli tiket wayang (ni first time Mama, Shafiq & Laila tgok wayang :D).
Pastu, nak buat apa ehh??

Yeahhh itu dia aktiviti main game Mama & Laila.
Mama memang sporting lah!


Lapa pulak. Tunggu tempat tak dapat2 :(


Burrrppp! Kenyang.. tengok, licin! Mama happy sbb dapat free 3 porcelain bowl KFC :)

Tu cerita gaji pertama. Sekarang ni dah April, tunggu gaji ke-5 lah gamaknye. Sudah di bank-in tapi cheque belum clear lagi. hehehe.

Walau apa pun (tetap nak ada penutup kata) :p

Di mataku:
Bekerja bukan satu beban, tapi satu kepuasan.
Puas melihat orang yg kita sayang tersenyum, ketawa.
Puas melihat mereka teruja mencuba sesuatu yg mereka tak pernah rasa.
dan yang paling penting...
Puas melihat diri sendiri mampu menggembirakan keluarga (terutama Mama dan Ayah) dgn gaji pertama hasil susah payah sendiri.
Sebagai anak sulung, aku lah testimonial pertama Mama dan Ayah. Dalam erti kata lain, inilah kali pertama, mereka dapat merasa kejayaan anak yg dibesarkan selama 24 tahun.

Berkat doa mereka. Syukur atas segala rezeki-Mu :')

Friday, April 1, 2011

Cita-citaku di atas kertas!


"Cintaku bukan di atas kertas...."

Hmm.. lebih kurang lah. Tapi cita-citaku memang betul2 atas kertas!

Dulu, asyik tengok dalam buku teks je. Tapi sekarang, dah jadi kenyataan.
Syukur :)


dapat kad ni masa Disember 2010, tapi baru skarang nak post :p

Ha! Nampak tak title Junior dalam kad ni? (rilek laa, mana ada fresh grad terus2 jadi CD kan? hehe) Memandangkan aku still memegang title Junior, aku ada pantun untuk dikongsi...

"Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan."

Tak kisah laa junior ke apa ke, yg penting aku nak belajar & cari pengalaman.

Sebab di mataku:
Ada 3 benda penting yg kita kena fikir betul2 bila nak mula kerja:
1. Betul ke kerja ni sesuai dgn minat?
2. Ada ke peluang nak tambah pengalaman kat sinii?
3. Barulah pikir gaji (tapi takdelah kurang dr RM1.8k)


Ok lah kawan2, selamat bergelar pekerja ye :)

Tuesday, March 29, 2011

Lets invade my workspace!

Not just my workspace but my second home.
Lets check-out and be my most-honored guest.
Welcome :)

Add ImageMission: Change wallpaper every week, as referred to my weekly movie-watching activity (salah satu cara utk galakkan aku tgk movie. Ye laa.. movies are the best references apart from observations and experiences kan!)

OK, there's a sanitizer, sticky (magnetic) notes, first campaign project (Astro Kelapa), an epic kalendar kuda, 2 puss-in-boots, Prego bookmark and tiny Alien sticker. And the precious balm from Syanana, from Cambodia gittuu... sesuai digunakan bila pening2. hehe.


Got this polka-dot thingy from the Secret Santa last Christmas. Yes, it's my fave mug, where I used to drink 3litres plain water/day!


Kedai runcit & mini-library. Stock2 makanan utk breakfast, snacking-time atau stay back time! Weehoo at least takde laa kebuluran kan?? (Tapi ketika gambar diambil, stock alas perut belum di-refill lagi)


Ha! yang ni Pinx-space. Nak tahu kenapa? Cuba tgk betul2, everythings here are my faves; polka dot, hairband, headgear, glitteries, merry-colored notes and mini card with wise quote from my colleague (got it during our Chillis chill-creative-nite-out).


Fresh from the oven. Ilustrasi menarik dari Maman. Macam ni lah tugas harian aku. Kadang2 klu aku siap headline + copy, aku share dulu kat Art Director. Tapi, kalau visual siap dulu, aku akan buat headline + copy based on the visuals. So, what say u?


Di mataku:
My life is colorful! There's always a new color added everyday.
Alhamdulillah...I've got the chance to do what I really luv.
My last words ...

"Go wherever your PASSION leads u to. Then, the PATIENCE will come along."

InsyaAllah :)

Thursday, March 24, 2011

Siapa kata takde LIFE?


Zaman study dah lepas. Sekarang dah sampai zaman kerja.
Haa, macam tak percayakan??
Bila dah kerja...
Ada yg kata kerja aku pelik.
Ada yg kata kerja aku teruk. Add Image Ada yg kata aku kerja 30jam sehari.
Ada yg kata aku opis tu rumah aku.

Ada yg kata gaji tak padan dgn kerja.

Ada yg suruh aku cari kerja lain.



Pendek kata,
Semua org kata kerja aku takde LIFE!


Biarlah apa org nak kata. Tapi aku cuma nak kata...

Kerja takde LIFE ni lah yg jadikan aku org yg sabar.

Kerja takde LIFE ni lah yg buat aku banyak belajar.

Kerja takde LIFE ni lah yg buat aku banyak berfikir.

Kerja takde LIFE ni lah yg sedarkan aku betapa susah Ayah cari rezeki.

Kerja takde LIFE ni lah yg jadikan aku lebih berdikari.

Kerja takde LIFE ni lah yg buat aku kenal ramai lagi kawan.

Kerja takde LIFE ni lah yg m'bolehkan aku bawak family aku tengok wayang utk pertama kali.
Kerja takde LIFE ni lah yg buat aku happy.
Kerja takde LIFE ni lah cita-cita aku.
Kerja takde LIFE ni lah LIFE aku.

Tapi apa yg paling penting,
Kerja takde LIFE ni lah rezeki yg Allah beri utk aku... Syukur, Alhamdulillah.

Eh, aku ada soalan terakhir,
Kalau balik kerja, terus tido.. Ada LIFE ke?

Kalau tiap2 hari tido pukul 9/10 malam.. Ada LIFE ke?

Kalau tiap weekend, duduk rumah je.. Ada LIFE ke?


Sekurang2nya sibuk mana pun aku, aku still ada masa tgok dunia luar, tengok DVD kat laptop, tengok movie bila weekend. Tak pun, sempat lagi baca buku sebelum tido. Ada jugak ilmu n keseronokan baru setiap hari. Itulah LIFE!



Di mataku: LIFE tu takkan ada kalau takde MINAT. Dari MINAT, akan datang IKHLAS. Dari IKHLAS, akan datang SABAR. Dari SABAR akan datang KEBERKATAN. InsyaAllah.


Sunday, March 20, 2011

Nothing comes for FREE. Life is ain't easy!


Assalamualaikum...
Dah lama rasanya tak ber-blogging. Tiba-tiba rasa nak kongsi apa yg sepatutnya.

Enter-frame jap.. Ad atas ni adalah kata2 ku utk Mak Iti :D

Semalam,akhirnya aku berpeluang jugak tgk program ni; talk show 'SITI - Hiburan dan Inspirasi'. Mungkin, bakat Dato' Siti utk jadi pengacara, belum terserlah lagi, tapi content talk show ni best jugak laaa... motivational & inspirational!


Topik semalam agak menarik. Korang kenal Mak Dara? alaa... jamu Mak Dara tu. Semalam dia & anaknya jadi special guest Siti. Rupanya Mak Dara ni ibu tunggal (ramai jugak jutawan kosmetik ni ibu tunggal eh). Dia ceritakan dulu dia cuma tukang masak. Kadang2 punya lah susah smp duduk merempat tinggal kat stesen bas. Hampar kotak & surat khabar kat bus stop bas mini. Alhamdulillah rezeki.. skarang, jualan jamu Mak Dara tu terjual 2tan/sebulan!

Tiba2 Mak Iti pun bukak cerita dia pulak. Dulu, cuma jual kuih je dari rumah ke rumah. Sekarang, tengok laa.. Siti dah jadi penyanyi No.1 negara!


Dato' Jalaluddin Hassan pulak, dulu-dulu pernah tinggal di kawasan perumahan setinggan. Sekarang? Dah jadi antara 'datuk-datuk' popular dalam drama/filem tempatan.


Black Mentor, antara peserta Mentor yg popular/still laku sampai skarang. Personally, aku rasa sebab Black ni down-to-earth orgnya. Dulu, Black ni jual ikan je kat pasar. Sekarang? Meremang bulu roma bila dgr suara Black! Dia antara penyanyi yg boleh nyanyi dari pitch paling rendah hingga pitch paling tinggi. Hebat!

Tun Dr. Mahathir. Tahu tak korang Tun Dr. Mahathir satu masa dulu kuat berniaga? Tun pernah jual buah-buahan. Jual kuih pun pernah. Kadang2 nak cari duit poket masa belajar, Tun tulis artikel utk surat khabar. Sekarang? Tun lah Perdana Menteri yang jadi pemimpin Malaysia yg paling lama. Pemikiran Tun tak payah ckp laa, memang hebat kalau nak banding ngn usia.

Bak kata pepatah,
"Kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya."

Di mataku, kesimpulan drp semua cerita ni...

"Bersyukurlah jika kita diberi kesusahan sekarang sbb kita akan lebih menghargai kesenangan di masa akan datang. Percayalah, bukan senang nak jadi senang."

P/S: klu korang tahu cerita2 kesusahan org2 berjaya yg nak di share, jgn lupa share k :)


Tuesday, February 22, 2011

KFC dan 1001 Cerita Keluarga-ku.

KFC, besar kenangannya buat kami sekeluarga. Memandangkan kami bukan daripada keluarga yang berada, untuk makan di Chillis, Tony Romas atau Friday's memang jauh sekali. Apa yang mampu dan agak istimewa, hanyalah KFC... (Oh, Pizza Hut mungkin adalah beberapa kali).

Ingat lagi, ketika aku masih kecil. Seronok betul bila ayah dan mama bawa pergi KFC. Kiranya, kalau dapat makan KFC, itulah hari ‘mewah’ kami. Kalau nak tahu, aku dulu ahli Kids Fun Club. Hehe selain dapat mainan yang best-best, dapat juga majalah free. Eh, ingat lagi rancangan KFC Hour? Yang dihoskan kak Intan tuu.. Dulu, aku tak putus-putus hantar lukisan ke KFC Hour tapi tak pernah menang pun. Hmm...

Boleh dikatakan, kami 4 beradik membesar dengan KFC. Nak tahu kenapa? Bila ada hari penting, mesti ayah belanja KFC. Setiap kali kami adik beradik dapat 5A, 7A, straight As, nombor 1 dalam kelas, pointer 4.00 atau Dean's List, KFC lah tempat menyambut kejayaan kami. Tak cukup dengan itu, hari jadi kami juga disambut di KFC. Pendek kata, semuanya KFC!

Minggu lalu, kami sekeluarga ke KFC lagi. Tapi kali ni, giliran aku pula yang jadi ketua keluarga..eh, bukan! Ketua 'belanja' lah. Melihat keluargaku berselera menjamah makanan, sudah cukup buat aku kenyang. Macam tak percaya, 1 ketul ayam pun aku tak habis makan.

"KFC je??"

"Alah, setakat KFC tu.. Murah je kot!"

Biarlah apa kata mereka, memang benar KFC tu murah harganya tapi nilainya amat tinggi di mata kami. Di KFC lah, tersimpannya kenangan, terbalasnya kepayahan dan yang paling penting, di KFC juga terlakarnya realiti susah senang sebuah keluarga.


Ikhlas,

Nor Marlina.


Saturday, May 1, 2010

Oh, my REAL 23...but VIRTUAL surprises!


Last April 29th,

I'm officially became member of 23 CLUB!
following my other buddies ;)


OK! I'm 23 nowwww!!!!

The BEST part of my 23 was...
all those BIRTHDAY WISHESSSS!

167 on my FB wall
1 in my PM
20 in my cell-INBOX
9 sweetly FACE to FACE..hee ;D


o-o, I've got Birthday gifts too.. and they're all VIRTUALS!...sweet cupcakes from Zaki, my junior.. @Jacko Produce...


...aww.. DAZZLE me plz, Rob ;) this from my Hungary's friend, @Ildi Csmr.... p/s: I've got this one as my lappie w/paper u knoww... it's soo luvly... thanx babe *hugs*

HEY, I've got a luvly Birthday Song and HOT vid!



...specially dedicated by my classmate/xoxo friend, @MH Ayie Sohaimi from PUALAM band...





...this from my Indonesian friend, @Poppi Dwi Mutiara D thanx babe ;) ...
p/s: 500pcs of ROB?? oh God, I'm BLINK-LESS & BREATH-LESS!


Thanx everyone ;)
I appreciate all these damn much ...
Age is just a number..
but u guys make it a LUCKY one!

Thanx *luvs* *hugs* *kisses*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...