Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

Aku dan Makan-Makan bersama Famili.

Assalam.

Sambil-sambil layan Suria Cinta, terasa nak update blog pula.
Chuppp! Sebelum aku kongsi aktiviti arini,
Aku nak ucapkan Merry Xmas! buat yg beragama Kristian.
Ho ho ho enjoiceee :)

Ok, hari ni kitorang sekeluarga makan kat luar.
Ala-ala celebrate gitu.
Celebrate Laila sbb PMR 8As hari tu.
Celebrate pre-birthday Shafiq yg ke 18.
Dan semestinya...
Celebration utk 'nyawa' famili kami.

Mereka kenyang. Hatiku senang. Jiwaku tenang.

Terima kasih banyak Mama Ayah sebab...
Melahirkan.
Membesarkan.
Mendidik.
Memahami.
Dan paling penting....
Sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami dengan doa.



4 beradik :)

Apa-apa pun:
Aku ada satu sindrom. Bila keluar makan dengan famili, aku mesti makan sikit je. Sebab keseronokkan melihat mereka yang ku sayang makan pun sudah cukup buat aku kenyang :')

Thursday, December 20, 2012

Aku dan Adik Bongsuku.


Syukur Alhamdulillah!
Adikku, Nor Laila membuat grand closing dengan result 8A nya.
Ye laa.. Dulu, aku & 2 lagi adikku dapat 7A 1B je.
Yg last ni lebih 1A dari kitorang. hehe.





Antara banyak2 komen ni, aku paling suka komen daripada pakcik Nawi.
"Tahniah kepada adik Mar dan ibubapa Mar."


Betul tu!
Tahniah kepada mama & ayah yg dah bagi pelajaran kat kitorang.
Dan syukur yg teramat buat Yang Maha Pemberi Rezeki.


Ingat lagi kata Ayah:

Ayah tak mampu nak bagi harta, mampu bagi ilmu je :')


Apa-apa pun:
Hujung minggu ni, aku selaku Akak Long kawasan kena lah open table. Haha.
1 happy family at home!

Haa.. Ni pembuka & penutup cahaya mata Mama & Ayah :)

Terima kasih Laila sebab buat Mama & Ayah happy!


Eh, korang amacam?
Ada adik-adik, sepupu-sepapat atau sedara-mara yg ambil PMR?
Harap-harap berita gembira juga lah ye :)


Wednesday, October 19, 2011

Word-less Wednesday #5










Indahnya beraya di desa bersama adik-beradik tersayang.

Lokasi: Muar, Johor.

Monday, July 11, 2011

Alkisah Hari Ibu...


Biarpun cerita Hari Ibu dh agak basi, aku tetap nak kongsi. Hehe.


Tanya kat
Zaty (adik)

"Weh, nak bagi Mama hadiah apa Hari Ibu?"


"Hmm.. Aritu mama ada tgk2 handbag. Handbag Mama dh koyak2."


Tak cakap banyak. Handbag terus masuk list gaji bulan Mei!


*Survey. Survey. Survey*


Niat di hati nak beli BONIA. Tapi... mak aihh sampai RM700lbih (tu pun yg paling cikai)
Klu aku beli BONIA tu, alamatnya duduk Bosnia laa aku takde duit nak makan hari2 :p


*Survey lagi. Untuk tak terkira yg ke-berapa kali*


Akhirnya!!! Tak dapat BONIA, Sembonia pun jadi lah.
Okie laa, tak exceed budget.
Yang pasti, L.E.A.T.H.E.R.

Ni haa hasil tangkapan utk Mama :)

Ini baru paper begnya.

Sabar ye... Belum lagi.

Ta-daaa!

Dari pandangan sisi..
.

Fuhh... Nasib tak over budget!

The genuine leather tag.

Cara menjaga barangan kulit.. Handle with care ye :)
(sila zoom kalau nak baca)

Apa-apa pun:
Lega dapat belikan Mama benda yg dia tak pernah beli (hmm klu pernah beli pun, maybe yearssss ago :P). Dapat jugak Mama merasa kan pakai leather ni... Syukur diberikan rezeki utk buat Mama gembira. Walaupun Mama tak pernah pun meminta, sekali-sekala apa salahnya.

Rakan2 boleh laa check out website ni k http://sembonia.com/ :)

Oh, masa hadapan!


Assalamualaikum....

Boleh dikatakan tiap2 minggu, mesti ada invitation drp rakan2 kat FB.
Kalau tak kahwin, tunang..tak pun, besday or cukur jambul anak.

Bila tgk gambar2 wedding kengkawan, mesti ada komen camni

"Eee..terasa macam nak kawen plak."


"Alaa aku baru plan nak tema warna ni. Ko dah buat dulu."


"Haa lepas ni, turn siapa pulak yg kawen??"


Semuanya macam excited, berlumba-luma nak kahwin!


Aku tak tau lah kenapa. Mungkin aku ni spesis wanita pelik.
Sebab aku macam
geli bila dengar atau baca kata2 begini.
Aku paling alergik bila org tanya2 aku pasal kawen ni. Aduiiii geli-geleman satu badan!



Apa-apa pun:

Aku bukan menidakkan suruhan Agama. Cuma.. mungkin belum sampai masanya.
Dalam otak aku cuma Famili, Kerjaya dan Duit (hehehe penting ni :p). Ehh lagipun umur 24 tu muda lagi.. rilek arrr :D


Sunday, July 10, 2011

24 and still Rawrrr!


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak tulis blog. Percayalah..dalam otak aku ni, banyak yg nak dikongsikan.
Cuma masa yang sesuai je tak ada nak ceritakan semua.
Tapi takpe.. jgn risau, cerita tetap cerita okie! (cehh, mcm ramai pulak yg nak baca :p)

Hmm.. macam tak percaya,

Aku dah pun cecah angka 24 (ehh at least aku tak sorok umur tau!)



Kek Besday yg Mama beli (acah2 nak buat surprise! hehe)


Dulu kecik je..skang dah umur 24 tahun. Dah pandai potong kek sendiri :')


Kek Besday yg di-surprisekan oleh Leen, Lala, Salwa, Eiman utk aku & Emmo


Close your eyes... Make a wish...


Ta-daa! Terima kasih utk hadiah2. Terima kasih utk hari yg amat indah!


Hadiah drp yg tersayang (tapi tahun ni takde kek pun! :()


Di mataku:
Sambutan Hari Lahir tahun ni pun agak meriah.
Bersama keluarga, rakan2 karib sejak dr sekolah, rakan sekerja dan.... teman sehati (cehwahh).
Tiba2 terasa masih ramai yg sayang pulak (mcm tajuk konsert pop yeh yeh daa)
Hehehe :)

Tuesday, February 22, 2011

KFC dan 1001 Cerita Keluarga-ku.

KFC, besar kenangannya buat kami sekeluarga. Memandangkan kami bukan daripada keluarga yang berada, untuk makan di Chillis, Tony Romas atau Friday's memang jauh sekali. Apa yang mampu dan agak istimewa, hanyalah KFC... (Oh, Pizza Hut mungkin adalah beberapa kali).

Ingat lagi, ketika aku masih kecil. Seronok betul bila ayah dan mama bawa pergi KFC. Kiranya, kalau dapat makan KFC, itulah hari ‘mewah’ kami. Kalau nak tahu, aku dulu ahli Kids Fun Club. Hehe selain dapat mainan yang best-best, dapat juga majalah free. Eh, ingat lagi rancangan KFC Hour? Yang dihoskan kak Intan tuu.. Dulu, aku tak putus-putus hantar lukisan ke KFC Hour tapi tak pernah menang pun. Hmm...

Boleh dikatakan, kami 4 beradik membesar dengan KFC. Nak tahu kenapa? Bila ada hari penting, mesti ayah belanja KFC. Setiap kali kami adik beradik dapat 5A, 7A, straight As, nombor 1 dalam kelas, pointer 4.00 atau Dean's List, KFC lah tempat menyambut kejayaan kami. Tak cukup dengan itu, hari jadi kami juga disambut di KFC. Pendek kata, semuanya KFC!

Minggu lalu, kami sekeluarga ke KFC lagi. Tapi kali ni, giliran aku pula yang jadi ketua keluarga..eh, bukan! Ketua 'belanja' lah. Melihat keluargaku berselera menjamah makanan, sudah cukup buat aku kenyang. Macam tak percaya, 1 ketul ayam pun aku tak habis makan.

"KFC je??"

"Alah, setakat KFC tu.. Murah je kot!"

Biarlah apa kata mereka, memang benar KFC tu murah harganya tapi nilainya amat tinggi di mata kami. Di KFC lah, tersimpannya kenangan, terbalasnya kepayahan dan yang paling penting, di KFC juga terlakarnya realiti susah senang sebuah keluarga.


Ikhlas,

Nor Marlina.


Wednesday, December 30, 2009

my happy ending for me & family~~~


Lagi baper ari je nak masuk 2010..

so, tibe la mase untuk 'goodbye to 2009!'
anyway, hujung tahun 2009 ni bnyak mberi makne untuk kami adik-beradik..
and not forgetting, my family...
nape..?

SAYE: alhamdulillah.. result exam meningkat.. berbaloi2 la dgn usahe yg xtaw nak ckp mcm mane laa..

ZATY (adik): dpt 4.00 utk sem ni.. tgal lg 1sem untuk die abiskan foundation.. dan trus ke Medic Fac, yg xjauh dari fakulti ksygan sy tu..hihi

SHAFIQ (adik): dpt 7A 1B utk PMR.. memang xsangke langsung.. sbb die ni pmalas mcm sy, kaka nye ni.. mungkin ni rezeki die.. sy pon tumpang eppy.. ;)

LAILA (adik): dapat 5A untuk UPSR.. die ni sy xpelik laa..sbb die memang rajin mcm kaka die yg Zaty tu.. tapi die ni lak brangan2 nak msuk fakulti muzik bile besa nti..ye ke.. tgok je laa..


Ape yg best nye, keputusan exam kami adik beradik same je.. dulu, kini dan.. selamenye (mungkin...) contohnye, UPSR, kami adik bradik sume dpt 5A.. yg penting, PMR pon same.. (kecuali adik yg last, laila tu la..sbb die lom amik exam PMR lg) sumenye 7A 1B, saye, zaty & shafiq.. tapi ape yg 'B' tu la yg mbezakan kami..hihi...


Ape2 pon, saye sgt2 bsyukur dgn ape yg Allah da bagi untuk kami adik beradik... walaupon ada kalanya, kite tlupe kan Dia, Dia still ingat bagi rezeki kat kite.. Alhamdulillah.... dan mudah-mudahan kite akan berusaha untuk jadi lebih baik, dari mase ke semase...

HAPPY NEW YEAR!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...