Friday, December 28, 2012

Aku dan Seksi Ovari.

Sexy from oven!

Satu lagi karya indie di tanganku.

Seksi Ovari.




Aku beli terus dari penulisnya.
Haaa siap ada autograf ok! 



 

Buku ni memang terbaik.
Buat aku fikirkan masa depan.
Kadang-kadang buat aku senyum sendiri, KLMJ.



Ni salah satu yg aku suka.

 

Apa-apa pun:
Tak dinafikan, karya indie ada keunikannya.
Lebih kasual.
Lebih deep.
Lebih related.
Punyai seni tersendiri.


Wednesday, December 26, 2012

Aku dan Makan-Makan bersama Famili.

Assalam.

Sambil-sambil layan Suria Cinta, terasa nak update blog pula.
Chuppp! Sebelum aku kongsi aktiviti arini,
Aku nak ucapkan Merry Xmas! buat yg beragama Kristian.
Ho ho ho enjoiceee :)

Ok, hari ni kitorang sekeluarga makan kat luar.
Ala-ala celebrate gitu.
Celebrate Laila sbb PMR 8As hari tu.
Celebrate pre-birthday Shafiq yg ke 18.
Dan semestinya...
Celebration utk 'nyawa' famili kami.

Mereka kenyang. Hatiku senang. Jiwaku tenang.

Terima kasih banyak Mama Ayah sebab...
Melahirkan.
Membesarkan.
Mendidik.
Memahami.
Dan paling penting....
Sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami dengan doa.



4 beradik :)

Apa-apa pun:
Aku ada satu sindrom. Bila keluar makan dengan famili, aku mesti makan sikit je. Sebab keseronokkan melihat mereka yang ku sayang makan pun sudah cukup buat aku kenyang :')

Monday, December 24, 2012

Aku Dihujani Hadiah.

Salam Isnin.
 

Mesti ramai yg tengah bergelimpangan cuti panjang kan.
Aku kerja hari ni.
Opis lengang je ni hah.

Esok Krimas.
Biasalah, dekat opis masing-masing saling bagi hadiah.
Meja pun dah macam bawah pokok Krismas. Hehe.


 
Tak caya? Tengok ni!


 

Yang ni dapat masa game tukar-tukar hadiah.
Tenkiu, Secret Santa!
(Tak secret mana pun, aku dah tahu siapa bagi)


 

Hmm yang ni agak 'surprise'.
Twilight Saga Red-White Limited Collector's Edition.
Ada orang post laju.
Pengirim? Dia tulis Edward (katanye!)
Terima kasih lah walaupun tak tahu siapa bagi.


Apa-pa pun:
Main tukar-tukar hadiah ni saja-saja je seronok-seronok. Bukan niat untuk meraikan Krismas tau. Hehe. Buat kawan-kawan beragama Kristian, Ho Ho Ho Merry Xmas! ;)

Aku dan Sepi.

Sepi. Sunyi. Sendiri.
Tiada bezanya bagiku.

Kosong.

Ya, kosong.
Pernahkah kalian rasa sebegitu?
Apa yang kalian lakukan demi meloloskan diri dari kekosongan ini?

When you feel empty in a crowded room.
Strange. But true.

Saturday, December 22, 2012

Aku dan Durian Crepe.

Assalam.

Dulu donut, cupcake, macaron, frozen yogurt, bubble tea, apam polka dot, kek rainbow, red velvet, pavlova, burger bakar pernah jadi trend.
Sana sini lah orang post gambar & cerita.
Kat blog, FB, Twitter & semestinya Instagram!
Kiranya sekarang ni bukan fesyen je ada trend, makanan pun ada tau.
Siap jadi statement ok! Hehe.


Terbaru (tak baru sgt lah hehe), laman sosial mediaku dilambak dengan cerita & gambar Durian Crepe.
Aku curious. Apakah rasanya?
Memandangkan opis aku sebelah Mid Valley, balik keje aku terus singgah 1 kiosk ni.
Perghhh orang beratur panjang utk Durian Crepe!
 

Selalunya, kiosk ni dipandang sepi je.

Beratur punya beratur, sampailah turn aku.

"Kak, Durian Crepe 1 pek."

"Memang dapat bagi 1 je, dik. Ni diorang ni ada yg dekat 2 jam tunggu."

Dahsyat penangan Durian Crepe ni!
Sempat jugak lah aku snap suasana time tu.
Ni haa.



Apa-apa pun:
Durian Crepe ni takde lah latest mana. Dulu, namanya Durian Pancake. Sejak tukar nama Durian Crepe ni, bukan main crepe-ey (creepy) lagi penangannya!

Korang amacam? Dah try ke food-trend terkini ni? ;)

Friday, December 21, 2012

Aku dan Dj Lin.


Ceh, tajuk macam gempak je kan!
Macam lah bersedara dengan Dj Lin. Hehe.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal slot Suria Cinta kat Suria FM tu.
Mula-mula kembang tekak juga dengar (maaf ye, aku terus terang je :p).
Berabang ayang sajak2 bagai. Hihihi.


Tapi kan....

Bila dah dengar sekali, nak dengar lagi...

Nak dengar...

Dan dengar lagi...

Sudahnya, aku dengar boleh dikatakan tiap-tiap hari.

Begitulah hebatnya penangan Suria Cinta, Dj Lin dan seleksi lagunya yg memang stok KLMJ!


Ni haa aku nak share app Suria FM yg aku download kat Tab aku.
Suria Cinta on the go, wa cakap lu!


Apa-apa pun:
Kalau dah Melayu tu, Melayu juga. Jiwang karat, tangkap leleh tetap lekat dalam jiwa.
Tak gitu? :)


Thursday, December 20, 2012

Aku dan Adik Bongsuku.


Syukur Alhamdulillah!
Adikku, Nor Laila membuat grand closing dengan result 8A nya.
Ye laa.. Dulu, aku & 2 lagi adikku dapat 7A 1B je.
Yg last ni lebih 1A dari kitorang. hehe.





Antara banyak2 komen ni, aku paling suka komen daripada pakcik Nawi.
"Tahniah kepada adik Mar dan ibubapa Mar."


Betul tu!
Tahniah kepada mama & ayah yg dah bagi pelajaran kat kitorang.
Dan syukur yg teramat buat Yang Maha Pemberi Rezeki.


Ingat lagi kata Ayah:

Ayah tak mampu nak bagi harta, mampu bagi ilmu je :')


Apa-apa pun:
Hujung minggu ni, aku selaku Akak Long kawasan kena lah open table. Haha.
1 happy family at home!

Haa.. Ni pembuka & penutup cahaya mata Mama & Ayah :)

Terima kasih Laila sebab buat Mama & Ayah happy!


Eh, korang amacam?
Ada adik-adik, sepupu-sepapat atau sedara-mara yg ambil PMR?
Harap-harap berita gembira juga lah ye :)


Aku dan Instagram.

Assalam rakan-rakan blogger sekalian.
Yes, I'm back!


Sekarang aku dah ada Instagram tau.
Kalau rajin, follow lah ok ;)


Apa-apa pun: 
Ya, aku dah beli android. Galaxy Tab 2 pengarang jantungku. Tapi Blackberry tetap sentiasa di tangan dan di hati. Hehe

Friday, November 25, 2011

Malaysia pun ada Rapunzel tau :)


Mempersembahkan.........
oh-oh bukan!


Bukan jugak..


Ermm bukan yang ni.


Haaa! Inilah dia Rapunzel Malaysia.
Atau nama melayunya Rapunzelilah.
p/s: Btw, naper tak Rapunzillah je? Takde lar berbelit lidah acik2 nak nyebutnya :p


Apa-apa pun:

Aku tak sempat baca pun apa isi & jalan cerita buku ni sebab nak cepat tadi. Tapi, banyak spekulasi yg timbul bila aku post-kan gambar ni kat FB. Maklumlah 'picture says 1000 words' katanya. Masing2 bebas berpendapat. Kita tak berhak nak menilai atau menghukum ye rakan2.

Salam Jumaat, semua :)

Burger Lori tak pernah se-popular ini!


Salam Jumaat semua.

Suka makan Burger?
Bukan burger McD, KFC, Burger King, Carls Jr yada yada.
Tapi ni Burger Ramly, Burger Otai, Burger Oblong & yg sewaktu dgnnya.
Atau.. lebih femes dgn nama 'Burger Lori' atau 'Burger Tepi Jalan'.


Sorry, kualiti gambo tak seberapa. Jd paparazzi, amik dari kereta je :P


Gambar ni aku snap, 2 minggu yg lepas sementara tunggu movie InTime kitorang start.
Lokasinya kat USJ tapi tak sure USJ baper. hehe
Ni first time tengok fenomena camni.
Yg paling best,
org Cina yg jarang sgt makan burger lori ni tetiba ramai pulak kumpul beratur.


Best sangat kah?
Tu aku belum try. InsyaAllah, will do...

Siapa yg dah try Burger ni, komen2 lah sikit apa rasenya ye ;)

Apa-apa pun:
Aku bukanlah kaki burger sangat. Beli bila teringin je. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...